buat kawan2 kt usm atau kat mana-mana pun saya mengucapkan selamat menjawab exam sebaiknya,....good luck all...peace
exam slip saya
Wednesday, October 28, 2009
final yang menakutkan.....
Posted by ayong at 6:26 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
yeke???
Ini ialah en. zafrullah a.k.a zaf.. konon model ar tu,..prasan mesti lebey .. takde kene mengena ngan I ok..marah bf I nanti
zaf: nape skarang ida nampak laen ek?
ida: laen camne?
zaf: ntah.. tak macam dulu..
ida: yela macam dulu tu camne?
zaf: dulu tak penah ponteng class.. skarang dah pandai..lewat ke kuliah pown ade..dulu tak de sume tu.. dulu kalu masuk kelas orang tgk ida waaa budak genius nih..
ida: eh? tak prasan pown..dorang pk camtu eh?
emm kalu orang tak tego kite memang kite takkan prasan salah kite n mungkin akan slamenyelah camtu je.. n baru aku tau gak pandangan orang pada aku slame nih.. high expectation.. emm jgn la cmtu.. stpm tu tiket masuk u je.. dah ade kt sini sume same je k.. memang aku akui la dulu mase study kt skolah gile-gile nak score tp dah ade kt sini aku memang jao lebih relax.. so jangan kusut-kusutkan kepala anda untuk jadi yang terbaek.. paling penting ialah buat yang terbaek.. mane yang tak elok tu aku akan ubah,... tak gi class tu tak elok taw.. so pls dun try dis at home k...muahahaha..
Posted by ayong at 12:05 AM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
selamat hari raya
selamat hari raya buat sume kawan-kawan.. kat fajar ni ramai dah yang balik tp aku blom lg..esok ade claz lg..kalu kuliah blh la skip tp ni tutorial.. amek attandence so wajib gi..huhu dr. hashim ni tak balik kg agaknye..
pape pn selamat hari raye skali lagi k..
pada mak, ayah, kaum kerabat (kerabat kew?), kawan dari zaman skolah sampai la kawan2 kat usm ni, kekasih aty (ceh sempat lg)..sume-sume la.maaf dipinta dr hujung rambut sampai hujung kaki.. klu ade terkasar bahasa, tersilap kata, tercubit ke, n so on kire 0 - 0 je la k..
special utk mak n ayah, kakak mintak maaf n ribuan time kasih sepanjang membesarkan nak dara sorang nih..--------> mak kate nak besarkan anak pompuan sorang lagi susah dari bela sekandang lembu ..
Posted by ayong at 5:20 AM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Insentif utk Masters n Phd di USM
Maklumat ni dpt kt blog ex-student USM...akak ni skang jd tutor..semoga bergune utk sume
--> ida
Di kesempatan ini, aku ingin berkongsi maklumat buat mrk yg ingin atau berhasrat mengikuti pengajian di peringkat sarjana atau phd di USM...
umumnya bantuan kewangan di USM boleh dibahagikan kpd dua iaitu;
1. bantuan pinjaman (ptptn, mara dll)
2. bantuan kewangan khusus (terbahagi kpd dua; a. skim & biasiswa b. geran penyelidikan)
so dlm hal ini, aku just nk berkongsi maklumat mengenai bantuan kewangan khusus..maklumat utk pinjaman, aku rs korang leh cr sendiri...hik3.namun begitu, ingin aku jelaskan terlebih dahulu bhw perbezaan mengenai skim & biasiswa tdk dpt aku jelaskan dgn lebih terperinci kat sini sbb ia berkaitan dgn istilah& konsep...
bantuan kewangan khusus;
a. skim & biasiswa ade dua pihak yg menawarkan skim n biasiswa iaitu
i. drp usm
ii. drp agensi2 lain..
maklumat ringkas mengenai skim n biasiswa ini adalah sprt berikut;
i. biasiswa usm (USM FELLOWSHIP)
-permohonan dibuka pd bulan 4 n bulan 10 setiap thn..ader proses temuduga oleh satu kumpulan panel (dekan, timbalan dekan, pengerusi rancangan & dua pensyarah senior)...
-hnya utk bdk masters & phd (mod penyelidikan/tesis)-pointer must be 3.00 n above (2.99 tak dipertimbangkan utk dpt biasiswa ini mskipun ia menghampiri 3.00)-beban tugas (membantu pusat pengajian utk mengendalikan tutorial/amali atau projek pelajar thn akhir sekurang
-kurangnya 6 jam seminggu dan menyiapkan sekurang2nya satu artikel yg dimuatkan dlm jurnal..artikel boleh ditulis dlm mn2 bhs, dlm jurnal tempatan mahupun antarabangsa, n dlm jurnal bercetak mahupun elektronik)...pembentangan di persidangan antarabangsa tdk diambil kira sbg suatu penulisan artikel meskipun teks penuh pembentangan itu diterbitkan dlm buku prosiding..melainkan sekiranya persidangan tersebut merupakan persidangan berprestij, dianjurkan scr tahunan, bersiri n mempunyai sidang editorial bertauliah utk bhg penyedian buku prosiding...
-pd peringkat permulaan, biasiswa itu akan diberikan utk tempoh setahun (tempoh percubaan)..kemudiannya, calon perlu membuat permohonan extension utk felowship itu..sekiranya terdpt progress yg baik, maka calon tersebut akan disenaraikan sebagai penerima fellowship tersebut utk thn pengajian berikutnya...tempoh maksimum penajaan biasiswa itu utk masters student ialah 2 thn n utk bebdk phd ialah 3 thn...
-plajar akan melalui proses temuduga semula ketika memohon extension
-jumlah pembayaran adalah sprt berikut;rm 1500 setiap bulan (pembiayaan selama 12 bulan) n x perlu byr yuran pengajian utk dua semester
-utk thn pertama (pljar masters)rm 1800 setiap bulan (pembiayaan selama 12 bulan) n tak perlu byr yuran pengajian utk dua semester n yuran pemeriksaan tesis
-utk th kedua (pljr masters)rm 2100 setiap bulan (pembiayaan selama 12 bulan) n tak perlu byr yuran pengajian utk dua semester-utk thn pertama (pljr phd)rm 2300 setiap bulan (pembiayaan selama 12 bulan) n tak perlu byr yuran pengajian utk dua semester
-utk thn kedua (pljr phd)rm 2500 setiap bulan (pembiayaan selama 12 bulan) n tak perlu byr yuran pengajian selama dua semester, n tak perlu byr yuran pemeriksaan tesis
-utk thn ketiga (pljr phd)perlu diingatkan di sini, pembiayaan ini hnya sehingga calon tersebut menghantar 10 salinan tesis (penghantaran tesis before viva)..slps penghantaran 10 copies tersebut, maka pembiayaan akan terhenti di situ..sekiranya pelajar perlu utk extend pengajian, tiada lg permohonan extension yg dibnrkan utk fellowhip ini (tempoh maksimum pengajian utk master-3thn, n utk phd-5 thn)..so kne blajar guna duit sendiri lah...
ii. vice chancellor's award (anugerah naib canselor)
-ader proses temuduga (maklumat lanjut mengenai proses permohonan & temuduga, sila rujuk IPS)
-of course utk dpt anugerah nii kne dpt pngk sekurang2 nya 3.5 n above
-hnya dibuka utk pljr phd shj (mod penyelidikan/tesis)-very tough utk dpt award nii..just selected person jer leh dpt anugerah nii
-kalo permohonan korang berjy, so korang dpt elaun 3000 setiap bulan..pembiayaan adalah utk tempoh 3 thn...geran sebyk 3000 juga dianugerahkan utk sebrg bentuk pembentangan dimn2 tempat di dunia...of course bkn kat bulan or bintang..haha...
iii. skim pembantu siswazah pengajaran (GA-TEACHING SCHEME)
-permohonan dibuka pd bulan 4 n bulan 10 setiap thn..ader proses temuduga (oleh dekan, timbalan dekan, pengerusi rancangan & dua seniors lecturer)
-dibuka utk calon phd or master (mod penyelidikan/tesis)
-pointer sekurang2 nya 2.75 n above
-beban tugas (kne membantu pengajaran dlm tutorial sekurang2 nya 6 jam seminggu)..tdk perlu terbitkan jurnal...
-plajar masters dibyr elaun sebyk 900 setiap bulan utk master n 1100 utk phd, tp yuran pengajian n yuran tesis, kne byr sendiri... n pembiayaan ini hnya diberikan utk tempoh 4 bulan per semester (iaitu mengikut bilangan bulan utk satu2 semester)
-tempoh pembiayaan ialah 2thn utk master n 3 thn utk phd
-pljar perlu memohon extension utk setiap semester..tiada proses temuduga utk extension...
iv. skim pembantu siswazah (penyelidikan) (GA-RESEARCH SCHEME)
-permohonan dibuka pd bulan 4 n bulan 10 setiap thn...mengenai proses temuduga (sila rujuk kpd pihak IPS)....
-dibuka utk calon phd or master (mod penyelidikan/tesis)..tdk perlu mengajar tutorial n tulis jurnal-pointer sekurang2nya 2.75 n above-beban tugas ) kne melakukan penyelidikan shj-jumlah byr ialah 1600 utk master n 1800 utk phd..
-jumlah thn pembiayaan ialah 2 thn utk master n 3 thn utk phd. skim rancangan latihan akademik usm (RLKA/ASTS)
-yg nii adalah skim utk membolehkan kiter jd lecturer kat usm
-pointer must be 3.00 n above (ms degree)
-dibuka utk semua plajar master n phd (mod penyelidikan n mod campuran)
-maklumat lanjut bole check kat melalui cr nii-taip 'www.usm.my'..cr 'skim akademik'....
b. geran penyelidikanterdapat byk gilers geran penyelidikan kat sini..tp better korang bukan sendiri bukak website IPS...huhu...maklumat tambahan;
1. kesemua bentuk pembiayaan ini just utk pljar master n phd (mod penyelidkan shj) n blajar scr full time, bkn part time..
2. bg plajar masters (mod penyelidikan shj), korang berpeluang mendptkan elaun buku sebyk rm 250...so if ader beli buku or potostat buku n lain2, please simpan resit tuu..at the end, kumpul n lekatkan pd kertas A4..then dptkan cop n official stamps drp penyelia..then antar ke school utk claim elaun tuh...
3. bole mintak semua nii secr serentak..bg permohonan GA (TEACHING SCHEME) n USM FELLOWSHIP, temuduga akan dilakukan serentak..so if korang mintak dua2 bender nii, temuduga nyer cumer skali jer, n bknnyer asing2 or dua kali...
4. aku tak galakan korang memohon usm fellowship pd peringkat permulaan pengajian..sbbnyer, bkn mudah utk terbitkan jurnal pd thn pertama pengajian..n kalo korang gagal terbitkan jurnal, korang akan gagal dlm permohonan extension..so ini bermakna korang just dpt usm fellowship utk tempoh sethn jer...kalo tjuk penyelidikan korang ssh, maybe take time..so rugi kne guna duit sendiri after tamat kontark ngan usm fellowship..so aku nasihatkan mohon GA during first year studies, then apply USM FELLOWSHIP during second years studies..then apply extension USM FELLOWSHIP during third years studies....nii nasihat utk plajar master ye..hehe...
5. kalo sem nii mohon GA, then sem dpn nk mohon USM FELLOSHIP plak, tak der mlsh..leh jer..
6. utk plajar master n phd (start pengambilan bulan 7 thn 2008), penyelia utama utk pelajar tersebut akan mendpt geran insentif (pelajar siswazah) sebyk rm10 000 utk tempoh dua thn pengajian bg pelajar master n rm 15 ooo utk tempoh 3 thn pengajian bg plajar phd..so atas ihsan lecturer tersebut, kiter leh dptkan duit drp geran tersebut utk tujuan pengajian kiter..tp msti faham, bhw geran tersebut adalah atas nama penyelia kiter n bkn atas nm kiter...geran insentif ini adalah geran insentif bg kategori kedua n disediakan oleh pihak RCMO...penyelia tersebut mestilah penyelia utama bg plajar master or phd yg mendpt sekurang2nya pngk 3.00 n above semasa first degree n merupakan plajar mod penyelidikan or mod campuran (70:30, iaitu 70% mewakili tesis disertasi n 30% mewakili kerja kursus)...
isu diskriminasi utk plajar master/phd (mix mode n course work)drp pemerhatian kasar n atas pandangan bersifat peribadi, ingin aku nyatakan di sini, mmg seolah2 wujud diskrimimasi utk plajar drp kedua2 mod pengajian ini..walopun hakikatnya, mrk blajar sma susah n adakalanya lebih ssh drp plajar research, namun tiada bantuan biasiswa utk mrk melainkan bantuan skim RLKA/ASTS..itu pun bkn mudah utk dpt jd pensyarah muda kat usm..sbb syaratnya sgt ketat n pengambilan adalah berdasarkan kekosongan dlm bidang2 tertentu....meskipun begitu, bg mrk aku nasihatkan bersabar n truskan usaha anda..pasti ader rezki di tempat lain.. n scr ikhlas, aku rs kan plajar mod campuran lebih mencabar berbanding plajar mod penyelidikan sbb mrk kne (attend kelas, buat pembentangan dlm kelas, test, final exam n of course ader disertasi)...
tp tuu tak bermkna plajar penyelidkan senang keje nyer..bg calon penyelidikan, semua nyer bergantung kpd pemahaman asa terhdp tajuk kajian..sekiranya tajuk kajian mudah n korang bnr2 faham akan tajuk tuu, so mudah lah...if not, ssh lah..huhu so, pemilihan adalah terletak di tangan korang..mana2 pun ok...tak der bender yg senang dlm hidup nii..apapun all da best utk plajar yg br berdaftar di USM (APEX UNIVERSITY)..huhu...
Posted by ayong at 6:03 AM 0 comments
Monday, September 14, 2009
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...
kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...
di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa Memandikan anak,
melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,
menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Posted by ayong at 4:55 AM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Maafkan cikgu
Ceritanya:
Posted by ayong at 10:26 PM 0 comments
Kalau Tuhan tu baik, kenapa cipta neraka?
camni kisahnye..
Ini kisah benar..
kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini, di negeri Kelantan yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti DIA akan membalas dengan nikmat di syurga.Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. KanTuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan."Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiamUstaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "
Posted by ayong at 6:55 PM 0 comments